Pada suatu hari ibu ikan memanggil anak-anaknya untuk menyampaikan nasihat kepada mereka,
"Wahai anak-anakku, kerana sayangnya ibu kepada kamu semua, ibu ingin berpesan seandainya ada benda melengkung yang diperbuat daripada logam (kail) berisi makanan atau cacing (umpan) kesukaan kamu semua, tolong jangan kamu makan. Itu sangat berbahaya ! Jika kamu memakannya juga maka logam lengkung tersebut akan menjerat kerongkong kamu. Kemudian kamu akan ditarik naik kedarat. Jika hal itu berlaku, tidak ada sesiapapun dapat menolong kamu, termasuk ibu. Mulai saat itu kehidupan kamu akan tersiksa. Kamu akan bertemu dengan makhluk raksaksa bernama manusia. Manusia itu akan membunuhmu, kemudian menyiat kulit dan sirip-siripmu dengan pisau yang amat tajam,` membedah perutmu kemudian mengeluarkan segala isi perutmu. Selepas itu kamu akan dimasukkan ke dalam kuali yang berisi minyak mendidih dan amat panas. Tubuh kamu akan digoreng di dalamnya. kamu akan menggelepar dan sangat tersiksa wahai anak-anakku".
Begitulah juga apa yang berlaku kepada manusia, jika tidak mengikuti nasihat Nabinya yang merupakan utusan Allah s.w.t. Mereka akan mengalami kehidupan yang sengsara dan menderita selama-lamanya terutama di akhirat kelak. Pancingan dunia yang mempesona dengan umpan-umpan harta, pangkat, dan jawatan jika tidak digunakan berlandaskan agama (sesuai dengan petunjuk Allah s.a.t dan contoh rasul-Nya) atau digunakan untuk agama, maka pancingan dunia tadi akan membuatkan manusia terjerat penderitaan abadi tiada akhir. Manusia akan menggelepar, meregang sakit tidak terperi dan tersiksa dalam dahsyatnya adzab neraka. Penyesalan ketika itu sudah tidak ada gunanya. Air mata darah sekalipun sudah tidak berguna sama sekali." Mari sama-sama kita amalkan nasihat baginda Rasulullah saw."
Perumpamaan yang tepat...