20 March, 2013

Pra-PRU13: Perbezaan budaya dua pemimpin...

Saksikan sendiri kerana gambar tidak berdusta...

Anwar dan keluarga

Najib dan keluarga

Yang mana satu pilihan anda sesuai untuk memimpin negara...




 

Tepuk dada tanya iman...

Ingat mati untuk kusyuk solat...

Salah satu cara solat khusyu' adalah dengan mengingat kematian ketika solat, iaitu ingat dirinya akan mati dan dikembalikan kepada Allah s.w.t.



 Allah telah berfirman tentangnya,

 وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلَاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', (iaitu) orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya." (QS. Al-Baqarah: 45-46).

Ibnu Katsir berkata dalam menafsirkan ayat di atas, "Dan sesungguhnya solat atau wasiat benar-benar berat (dijalankan) kecuali atas orang-orang khusyu' yang yakin mereka akan berjumpa dengan Allah; maksudnya: mereka tahu akan dikumpulkan kepada-Nya pada hari kiamat, dihadapkan kepada-Nya dan mereka akan kembali kepada-Nya. Maksudnya: urusan mereka akan kembali kepada kehendak Allah; Allah menghakimi sekehendak-Nya terhadap urusan itu dengan keadilan-Nya. Oleh karenanya, saat mereka meyakini hari yang dijanjikan dan jaza' (balasan) menjadi mudahlah (ringanlah,-pent) atas mereka menjalankan ketaatan dan meninggalkan kemungkaran."

Hal ini juga dikuatkan oleh sabda Nabi s.a.w,

اذكر الموت في صلاتك ، فإن الرجل إذا ذكر الموت في صلاته لحريّ أن يحسن صلاته ، وصلّ صلاة رجل لا يظن أنه يصلي غيرها
"Ingatlah kematian dalam solatmu, karena sesungguhnya seseorang itu apabila ingat kematian dalam solatnya niscaya akan lebih memacunya untuk memperbagus solatnya; dan solatlah kamu sebagaimana solatnya seseorang yang tidak yakin ia dapat solat sesudahnya." (HR. Al-Baihaqi dalam kitab Al-Zuhud al-Kabir dan pemilik Kanzul Ummal. Dihassankan Syaikh Al-Albani dalam Al-Silsilah al-Shahihah, no. 1421, beliau menukil daripada Imam al-Suyuthi bahwa AL-Hafidz Ibnu Hajar telah menghassankan hadis ini).

Ini sesuai dengan pesan Nabi s.a.w. kepada Abu Ayyub Radhiyallahu 'Anhu saat beliau bersabda kepadanya, "Apabila kamu berdiri dalam solatmu maka solatlah seperti solat perpisahan." (HR. Ahmad dan disebutkan juga dalam Shahih al-jami', no. 742) yakni seperti solat orang yang mengira bahawa ia tidak akan solat lagi sesudahnya.

Apabila orang yang solat yakin dirinya akan mati dan di sana masih ada satu solat sebagai solat yang terakhir, hendaknya ia khusyu' dalam solat yang dikerjakannya itu karena ia tidak tahu bahawa mungkin solat ini adalah solat yang terakhir." (Dinukil dari 33 Penyebab Khusyu' Solat, Syaikh Muhammad Shalih al-Munajjid: 45-46).

 Mengingat perkara kematian dan apa yang akan ia temui sesudahnya berupa alam kubur, kebangkitan, perhimpunan, hisab, dan jaza' di akhirat adalah cara jitu untuk membantu menggapai kekhusyu'an dalam solat. Maka orang yang solat hendaklah berusaha mewujudkan sebab-sebab tersebut dan menjauhi perkara-perkara yang menghalangi kekhusyu-an. Wallahu Ta'ala A'lam. [PurWD/voa-islam.com]..

Sumber artikel di sini.

 

Semoga Allah membantu kita untuk kusyuk dalam solat...