13 March, 2013

Anak-anak di Syria disiksa, diperkosa dan dibunuh...

DAMASKUS (Arrahmah.com) – Disiksa, diperkosa, dan dibunuh, anak-anak Syria menanggung bencana kemanusia sepenuhnya dalam dua tahun pertempuran disebabkan oleh kepemimpinan rejim "iblis" Assad. “Ini adalah perang di mana perempuan dan anak-anak menjadi korban terbesar,” kata Justin Forsyth, ketua eksekutif NGO Save the Children, kepada Reuters pada hari Rabu (13/3/2013).


Satu laporan dari London mengatakan anak-anak penderitaan penuh dalam konflik bersenjata yang sedang berlangsung di Syria. laporan itu mengatakan dua juta anak di Syria kini mengalami kekurangan zat makanan, penyakit, penyiksaan, dan kekerasan. Forsyth mengutip kes seorang anak di kem penampungan yang berusia 12 tahun, yang melihat sahabatnya dibunuh di luar kedai roti. “Temannya ditembak di bahagian jantung,” katanya. “Tapi awalnya, dia memikirkan temannya itu sedang bergurau kerana tidak ada darah. Mereka tidak menyedari bahawa ia telah dibunuh setelah mereka memeriksa bajunya.”
Save the Children melaporkan penemuan terkini yang dilakukan antara anak-anak yang tinggal di kem penampungan oleh Bahcesehir University di Turki, yang menyatakan bahawa satu daripada tiga anak yang telah dilaporkan pernah dipukul, ditendang, atau ditembak. Dimaklumkan bahawa dua pertiga daripada anak-anak dalam kajian mengatakan bahawa mereka telah terpisah daripada anggota keluarga mereka akibat konflik. Sepertiga daripada responden mengatakan mereka telah menyaksikan kematian seorang teman rapat atau anggota keluarga. “Semua anak-anak ini menceritakan kisah-kisah fakta yang mereka alami dan kemudian anda akan menyedari bahawa ada lapisan dan lapisan trauma emosional di sana,” kata Forsyth.


Lebih 70.000 orang telah terkorban dalam dua tahun konflik di Syria. Pertempuran itu telah memaksa lebih satu juta warga Syria meninggalkan rumah mereka ke negara-negara tetangga, di samping perpindahan dua juta lainnya di dalam negeri. Laporan tersebut juga mengatakan bahawa puluhan anak-anak juga dimasukkan ke penjara selama konflik berkecamuk di Syria.

Save the Children menyatakan bahawa beberapa anak lelaki juga diperlakukan oleh kelompok-kelompok bersenjata sebagai hamba, pelari dan perisai manusia, membawa mereka dekat ke garis depan peperangan. Laporan itu juga memperingatkan bahawa pemerkosaan digunakan sebagai alat untuk menghukum warga Syria. “Dalam kebanyakan konflik, lebih 50 peratus perkosaan menimpa anak-anak. Dan saya yakin kes itu juga terjadi dalam konflik ini,” Kata Forsyth.

Laporan itu juga mengatakan bahawa perasaan takut akan kekerasan seksual menjadi salah satu alasan utama bagi keluarga Syria untuk meninggalkan rumah mereka. Dikatakan bahawa ada juga laporan daripada pernikahan awal gadis-gadis muda oleh keluarga mereka kerana cuba untuk mengurangi jumlah mulut yang harus mereka memberi makan, atau berharap bahawa suami akan mampu memberikan keamanan yang lebih besar daripada ancaman kekerasan seksual. Forsyth mengatakan bahwa ia bertemu keluarga Syria di Lebanon yang mengatakan puteri mereka yang berusia 16 tahun menikah dengan pria yang lebih tua. “Ibunya kata dia cantik dan setiap waktu tentara boneka Syria datang ke rumah, dia berfikir: ‘Mereka akan memerkosanya.’ Pemerkosaan sengaja mereka gunakan untuk menghukum orang,” katanya, menambahkan bahawa gadis-gadis semuda 14 tahun pun sudah dinikahkan. (banan/arrahmah.com).



 

Masyallah, tiada kata-kata yang dapat mengungkap kesedihan ini...

Beberapa nasihat UAI sebagai renungan...

Berjamaah di surau/ masjid

Ambil berat tentang solat

Rajin solat

Haram tetap haram - istikomah

Lebihkan orang lain daripada diri sendiri

Hormati ulama...

 

Hidup PAS! Perjuangan Islam akan menyemarak di bumi Allah ini, insya-Allah...

Hujan, nikmat Allah yang tidak ternilai harganya...

Hujan oh hujan...

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَسَلَكَهُ يَنَابِيعَ فِي الأرْضِ ثُمَّ يُخْرِجُ بِهِ زَرْعًا مُخْتَلِفًا أَلْوَانُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَجْعَلُهُ حُطَامًا إِنَّ فِي ذَلِكَ لَذِكْرَى لأولِي الألْبَابِ

”Apakah kamu tidak memperhatikan bahwa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diatur-Nya menjadi sumber-sumber di bumi kemudian ditumbuhkannya-Nya dengan air itu tanaman-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu ia menjadi kering lalu Kami melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikan-Nya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang berakal”. (QS.Az-Zumar,39:21).



أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُزْجِي سَحَابًا ثُمَّ يُؤَلِّفُ بَيْنَهُ ثُمَّ يَجْعَلُهُ رُكَامًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلالِهِ وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاءِ مِنْ جِبَالٍ فِيهَا مِنْ بَرَدٍ فَيُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَصْرِفُهُ عَنْ مَنْ يَشَاءُ يَكَادُ سَنَا بَرْقِهِ يَذْهَبُ بِالأبْصَارِ

”Tidaklah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bahagian-bahagian)-nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih. Maka, kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, (iaitu) daripada (gumpalan-gumpalan awan, seperti) gunung-gunung. Maka, ditimpakan-Nya (butiran-butiran) ais itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya daripada siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.” (An Nuur 24, ayat 43)




۞هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً لَكُمْ مِنْهُ شَرَابٌ وَمِنْهُ شَجَرٌ فِيهِ تُسِيمُونَ

يُنْبِتُ لَكُمْ بِهِ الزَّرْعَ وَالزَّيْتُونَ وَالنَّخِيلَ وَالأعْنَابَ وَمِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

”Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanaman-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.’‘ (An-Nahl, 10-11)




وَهُوَ الَّذِي أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ نَبَاتَ كُلِّ شَيْءٍ فَأَخْرَجْنَا مِنْهُ خَضِرًا نُخْرِجُ مِنْهُ حَبًّا مُتَرَاكِبًا وَمِنَ النَّخْلِ مِنْ طَلْعِهَا قِنْوَانٌ دَانِيَةٌ وَجَنَّاتٍ مِنْ أَعْنَابٍ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُشْتَبِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ انْظُرُوا إِلَى ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَيَنْعِهِ إِنَّ فِي ذَلِكُمْ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

"Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan daripada tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan daripada tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan daripada mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan tidak serupa. Perhatikanlah buahnya pada waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman."(QS. Al-An'am:99)



Sumber bahan di sini.


 

Subhanallah...

Mari kita mengaminkan doa ini...

Khusus untuk saudara-saudara kita di Syria...







 

Allahumman surril Islam mawal muslimina fi suriah...Amin...