04 March, 2013

Pra-PRU13: Cukup-cukuplah berkempen wahai BN...

Perdana Menteri pada bila-bila masa akan mengumumkan tarikh pilihanraya kerana kempen BN (sebut Najib) telah sampai ke penghujungnya.  Kempen yang dibuat secara tuntas dan menyeluruh mencakup semua segmen masyarikat daripada kanak-kanak sehingga ke orang-orang tua, daripada makanan hingga ke "haiwan", daripada alam fana ke alam barzah. Bukti-buktinya adalah sepertii yang berikut:

1. Kanak-kanak

Najib dan Bekas Makanan Baby

2. Budak sekolah

Najib dan Kotak Pensil

3. Remaja

Najib, BR1M dan Dadah

Najib dan K-POP


Najib dan Psy Gangnam

4. Pelbagai kaum

Najib dan Tahun Baru Cina

Najib dan Deepavali

5.  Orang tua

Najib dan Tongkat Ali

6.  Masyarakat Antarabangsa

Najib Wira Palestin


Najib, Scorpene dan Monggolia


Najib dan Wakil Sultan Sulu


Najib dan Esmail Kiran II

7. Agamawan

Najib dan Pope


Najib dan Ulama
 
 8.  Orang Miskin dan Kaya

Najib, Gula dan Tepung

Najib dan Kicap

9. "Haiwan"

Tok Guru kata "orang", Najib kata"haiwan"

10. Alam Barzah

Najib dan Pangkat Arwah

Malangnya, PM masih belum berkeyakinan untuk membubarkan parlimen meskipun beliau yakin memenangi PRU13 nanti... Mengapa? Wallahulam...

Tamat

 

Mari keluar barisan dan masuk bulatan...

Lubang Benam menelan mangsa di Florida...

Hidayatullah.com—Penduduk dipindahkan dari beberapa rumah di Seffner, dekat lokasi di mana seorang lelaki tidak semena-mena ditelan sink-hole (lubang benam) ketika sedang tidur. Lubang yang muncul tiba-tiba itu diyakini bertambah besar, lapor Russia Today Sabtu (2/3/2013).



Petugas menyatakan beberapa rumah di Faithway Drive berada dalam keadaan berbahaya, seiring dengan peringatan pihak berkuasa bahawa lubang di permukaan tanah tersebut tidak stabil dan boleh bertambah besar. “Kami masih mengambil gambar tepian lubang dengan saksama. Kami belum tahu apakah itu sudah berubah,” kata Larry Madrid, pengarah sebuah syarikat teknik dikutip Tampa Tribune. Dia mengatakan syarikatnya akan segera membawa masuk peralatan berat hari Sabtu atau Ahad ini. “Saya tidak boleh mengatakan kepada anda mengapa itu belum runtuh,” tulis AP mengutip Bill Bracken pemilik sebuah syarikat teknik lain yang dipanggil untuk mengkaji lubang tersebut. Dia menggambarkan keadaan tanah di bawahnya sangat rapuh. Di negara Florida, Amerika Syarikat, sangat mudah terjadi sink-hole, sebab kedudukan lapisan tanah di bawahnya berupa kapur yang mudah tergerus air sehingga banyak menciptakan gua-gua atau lubang di bawah tanah. “Anda boleh membayangkannya seperti sepotong keju Swiss. Rumah mana pun di Florida boleh mengalami keadaan yang sama,” kata Taylor Yarkosky kepada AP.


Di Hillsborough County saja –lubang terbaru ini masuk dalam wilayahnya– sejak tahun 1954 sudah lebih  500 lubang dilaporkan terjadi. Tahun 1981 di Orlando, sebuah lubang berukuran 400 kaki telah menelan lima buah kereta sport, dua buah kedai dan sebuah rumah. Jeremy Bush menceritakan bagaimana lubang di rumahnya menelan seorang saudara lelakinya. Ketika itu Khamis malam (28/2/2013) dia baru saja menuju ke tempat tidur. Tiba-tiba terdengar suara keras seperti kereta menghentam rumahnya. Lalu, terdengar suara saudaranya yang berteriak minta tolong dan memanggil nama Jeremy. Polis tempatan yang datang ke tempat kejadian setelah mendapat panggilan telefon darurat 911, awalnya tidak mengetahui apa yang sebenarnya terjadi. Douglas Duvall sherif yang datang ke rumah setingkat itu berhasil menyelamatkan Jeremy keluar lubang, lapor laman web Tampa Bay Times (2/3/2013). Lubang yang menelan Jeffrey Bush, 36 tahun, bersama dengan tempat tidur, almari pakaian dan televisyennya itu dianggarkan berdiameter 30 kaki dengan kedalaman 20 kaki. Lubang itu tidak terlihat dari luar rumah, dan rumah bercat biru tersebut masih tegak berdiri. Dari enam orang yang tinggal di rumah tersebut, lima orang termasuk bayi berusia 2 tahun selamat dikeluarkan. Kamera dan alat pengesan suara yang dimasukkan ke dalam lubang, tidak berhasil menangkap tanda-tanda kehidupan daripada Jeffrey Bush.*

 

Ngeri juga cerita ni...