22 February, 2013

Pemerintah Myanmar melarang anak-anak Islam belajar agama...

MYANMAR.(voa-islam.com) – Khamis (21/02/13) menurut laporan dari wilayah Arakan, Barat Myanmar, mengatakan bahwa Pemerintah Tempatan di wilayah tersebut melarang pendidikan agama untuk anak – anak Islam Rohingya. 



Pejabat Berita Rohingya mengutip berita daripada korespondennya bahawa pihak berkuasa di Arakan telah menutup madrasah – madrasah dan pendidikan, tempat anak – anak Rohingya belajar Al-Qur’an dan syari’at Islam. Pejabat berita itu juga selanjutnya memberitahu bahawa pemerintah setempat menetapkan larangan ini untuk semua aktiviti keagamaan umat Islam di Myanmar sebagai sebahagian daripada rancangan untuk melenyapkan agama Islam di negeri yang mempunyai umat Buddha berjumlah sekitar 90% ini.[usamah/imo]

 
Ya Allah, selamatkan saudara-saudara kami di Myanmar...

Pra-PRU13: Kopi Radix tergugat...

Kuala Lumpur: 22 Februari 2013
HPA Industri Sdn Bhd hari ini menafikan khabar angin yang mengatakan bahawa Kopi Radix akan tergugat jualannya berikutan terdapat saingan hebat daripada satu jenama baharu Kopi Najib 5 Dalam 1. Mengikut jurucakap HPA, mereka yakin kopi yang bertunjangkan sebuah parti politik tanah air itu tidak akan bertahan lama memandangkan jangka hayat parti tersebut kini berada dalam keadaan kritikal. "Sehebat manapun kopi itu, jika nyawa peminumnya sudah berada di halkum, tiada apa-apa yang boleh dilakukan" kata jurucakap itu lagi, sambil tersenyum sinis.


Kopi Najib 5 Dalam 1 dikatakan mempunyai kekuatan 5 kuasa kuda sehingga hidup pasangan suami isteri sentiasa ceria sepanjang hari...

Big Mama sangat berpuas hati dengan keampuhan Kopi Najib 5 Dalam 1

Kopi Najib 5 Dalam 1 telah dinamakan sebagai minuman utama pilihan raya ke-13 nanti. Kontrak telah pun diberikan kepada syarikat pengeluar Kopi Najib 5 Dalam 1 untuk memberi minuman kepada pasukan petugas SPR, SPRM, PDRM ketika menjalankan tugas nanti. Ini tidak lain bagi memastikan semua petugas dalam keadaan ceria ketika menjalankan tugas rasmi. 

HPA akan terus memantau perkembangan ini...

 

 
Bagi saya secawan...