18 February, 2013

Cara Allah dan malaikat bersalawat ke atas Nabi...

Prof. Dato' Dr Haron Din, 18 Feb 2013
Setiap kali kita menunaikan solat Jumaat, kita akan sama-sama mendengar seruan bilal mengingatkan para makmum sebelum khatib berkhutbah dengan pelbagai ingatan. Antaranya yang kerap dituturkan ialah bacaan firman Allah Taala yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." (Surah al-Ahzab : ayat 56) Ayat yang di atas adalah ayat al-Quran, ayat itulah kebanyakan bilal di masjid seluruh Malaysia membacakannya. Akan tetapi makna salawat yang sebenarnya dalam tersebut, berbeza anta satu dengan yang lainnya.


Salawat Allah ke atas Nabi Muhammad, tidak seperti salawat para Malaikat. Dan salawat para Malaikat ke atas Nabi s.a.w, tidak seperti salawat umat Muhammad ke atas Nabi mereka. Semuanya berlainan walaupun istilah asal masing-masing adalah "salawat". Salawat Allah ke atas Nabi Muhammad bukan dengan kata-kata seperti yang kita menyebut dalam ungkapan salawat yang terkenal. Salawat Allah ke atasnya bermaksud Allah Taala sentiasa memberikan kepadanya kebaikan dan kerahmatan daripada hidupnya hingga wafatnya dan sehingga pada hari-hari Baginda hidup dalam alam barzakh hinggalah ke hari kiamat. Inilah yang disebutkan dalam kitab Tafsir al-Qurtubi, juzuk 14, halaman 222 yang bermaksud, "Salawat daripada Allah adalah turunnya rahmat Allah dan keredaan-Nya kepada Nabi Muhammad sepanjang masa".

Salawat daripada para Malaikat bermaksud, "Para Malaikat sentiasa berdoa kepada Allah untuk kebaikan dan keampunan Nabi Muhammad s.a.w. sepanjang zaman serta meredhainya. Ada pun salawat umat (kita) Muhammad kepada Baginda Nabi s.a.w adalah dengan menyebut salawat yang terkenal itu, yang di dalamnya mengandungi doa kepada Allah, agar Allah menurunkan rahmat dan kesejahteraannya kepada Baginda. Kita juga memohon agar Allah membesarkan dan memuliakan Nabi Muhammad sepanjang masa". Daripada tiga perbezaan jelas bahawa istilah salawat itu begitu unik. Ia boleh dipakai untuk tiga situasi yang berbeza. Pertama Allah. Kedua, malaikat dan ketiga, umat manusia. Yang penting kita menghayati dan memahami bahawa Rasulullah s.a.w. itu makhluk istimewa pilihan Allah, yang Allah sendiri menjanjikan bahawa Allah sentiasa mencurahkan rahmat kepada Baginda, hari hidupnya, ke alam kuburnya sehinggalah ke hari akhirat. Malah Para Malaikat seluruhnya sentiasa memohon kepada Allah Taala agar dilimpahkan rahmat dan keampunan-Nya kepada Rasulullah s.a.w.. Di hujung ayat tersebut, selepas Allah dan malaikat berselawat ke atas Nabi Muhammad, maka Allah menyeru kita, orang-orang beriman supaya mengucapkan selawat dan salam yang makruf. Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda (mafhumnya), "Sesiapa yang bersalawat ke atasku satu salawat, maka Allah merahmatinya dengan 10 rahmat."

Oleh itu, ulama dalam memperhalusi persoalan selawat ke atas Nabi Muhammad itu wajib atau sunat, tidak berlaku khilaf (perselisihan) daripada kalangan ulama, bahawa salawat ke atas Nabi Muhammad adalah wajib, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dalam hidup seharian, bersalawat adalah sunat mu'akkad. Sa'id Ibnu Musayyid meriwayatkan daripada Umar Al Khattab, beliau berkata, "Doa hamba kepada Allah tidak diangkat apabila tidak disebut selawat ke atas Nabi dalam doa itu. Apabila disebut salawat, barulah diangkat doa tersebut. Dan sesiapa yang menulis salawat ke atas Nabi dalam mana-mana penulisan (kitabnya), maka malaikat-malaikat terus bersalawat ke atas Nabi dan selama penulisannya itu kekal, maka selama itulah malaikat-malaikat mendoakan rahmat ke atasnya."




 
Allahumma Solli'ala Muhammad...

Di dalam solat, ke mana arah pandangan mata kita?

Penjelasan oleh: Badrul Tamam
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas kurnia dan nikmat-Nya. Salawat dan salam atas hamba dan utusan-Nya, Nabi Muhammad s.a.w keluarga dan sahabat beliau yang mulia. Pandangan seseorang memiliki pengaruh dalam kekusyukan ketika solat. Sementara khusyuk merupakan salah satu unsur penting sama ada solat diterima atau tidak. Bahkan seseorang itu tidak akan merasakan nikmatnya ibadah teragung ini kecuali dengan kekhusyukan.



Oleh sebab itu, syariat mengatur hukum berkaitan dengan pandangan mata dalam solat. Kita bertemu dengan larangan keras oleh Nabi s.a.w. daripada melihat ke atas atau ke langit, dan melarang pula menengok dan melirik ke arah kanan dan kiri. Daripada Jabir bin Samurah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda,

لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ يَرْفَعُونَ أَبْصَارَهُمْ إِلَى السَّمَاءِ فِى الصَّلاَةِ أَوْ لاَ تَرْجِعُ إِلَيْهِمْ
"Hendaknya kaum-kaum yang mengarahkan pandangan mereka ke langit dalam solat itu bertaubat atau pandangan mereka terebut tidak akan kembali kepada mereka." (HR. Al-Bukhari Muslim).  Dalam riwayat al-Bukhari, "Hendaknya mereka berhenti daripada hal itu atau akan disambar pandangan mereka."

Daripada 'Aisyah r.a. berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang menoleh dalam solat? Baginda menjawab,
 هُوَ اِخْتِلَاسٌ يَخْتَلِسُهُ اَلشَّيْطَانُ مِنْ صَلَاةِ اَلْعَبْدِ
"Itu adalah  pencurian yang dilakukan syaitan terhadap solat hamba." (HR. Al-Bukhari)

Jadi, ke manakah pandangan kita patut diarahkan?

Para ulama berbeza pendapat tentang arah yang dituju oleh pandangan seorang yang sedang menunaikan solat:

Pertama, Imam Malik berpendapat pandangan hendaklah diarahkan ke kiblat. Imam Al-Bukhari menguatkan hal ini dalam sahih-nya dengan membuat bab Raf'ul Bashar Ilal Imam Fii al-Shalah (Bab mengangkat (mengarahkan,-ter) pandangan ke imam dalam Solat). Pendapat ini memiliki beberapa hadis yang menyokongnya, bahawa para sahabat melihat kepada Rasulullah s.a.w ketika mereka solat dalam pelbagai kesempatan untuk memperhatikan gerakan-gerakan baginda s.a.w. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak menghadap ke tanah atau ke tempat sujud. Beberapa hadits yang dijadikan sandaran:

Daripada Ma'mar, ia berkata: Aku bertanya kepada Khabbah,

 أَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ قَالَ نَعَمْ قُلْنَا بِمَ كُنْتُمْ تَعْرِفُونَ ذَاكَ قَالَ بِاضْطِرَابِ لِحْيَتِه
"Apakah yang dibaca Rasulullah s.a.w. ketika solat zuhur dan asar?" beliau menjawab, "Ya." Kami bertanya, "Bagaimana kamu mengetahui hal itu?" beliau menjawab, "Dengan gerakan janggutnya." (HR. Al-Bukhari)

Al-Barra' pernah berkhutbah dan menyampaikan, "Apabila para sahabat solat bersama Rasulullah s.a.w. maka beliau mengangkat kepalanya daripada ruku' maka mereka berdiri sehingga mereka melihat beliau sudah sujud." (HR. Al-Bukhari).

Daripada Abdullah bin Abbas r.a. berkata: "Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w. lalu baginda solat. Mereka (para sahabat) bertanya, "Wahai Rasulullah, kami melihat anda mengambil sesuatu ketika di kedudukanmu, lalu anda mundur kembali?" Baginda menjawab: "Aku diperlihatkan syurga, lalu aku diberikan setandan anggur. Jika aku mengambilnya nescaya kalian akan memakannya yang akan mengakibatkan terabaikannya urusan dunia." (HR. Al-Bukhari).

Pendapat kedua, Imam Syafi'i dan para ulama Kuffah –ini yang sahih daripada madhab Hanafi-, disunnahkan bagi orang yang solat mengarahkan pandangannya ke tempat sujudnya; karena akan lebih mendekatkan kepada khusyuk Syaikh Al-Albani menyebutkan dalam Sifat Solat Nabi s.a.w. pada bab Al-Nadhar Ilaa Maudhi' al-Sujud wa Al-Khusyu'. Lalu beliau menyebutkan sejumlah hadis di bawahnya, antaranya:
 كان صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذا صلى؛ طأطأ رأسه، ورمى ببصره نحو الأرض
"Adalah Rasulullah s.a.w. apabila solat maka baginda menundukkan kepalanya dan mengarahkan pandangannya ke arah tanah." (Disebutkan Imam al-Hakim dan beliau berkata: Ini sesuai dengan syarat Muslim saja).

Muhammad bin Sirin berkata: para sahabat s.a.w. mengangkat pandangan mereka ke langit dalam solat. Maka ketika turun ayat ini:
 قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاتِهِمْ خَاشِعُونَ
"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." (HR. Al-Mukminun: 1-2),  mereka menundukkan pandangan mereka ke tempat sujud." (Dinukil daripada Tafsir Ibnu Katsir) .

Hukum asal makmum melihat ke tempat sujudnya karena yang diinginkan adalah khusyuk kecuali apabila dia perlu sekali melihat apa yang dikerjakan imam untuk mengikutinya . Al-Hafidh Ibnu Hajar memperincikan masalah ini, "Mungkin boleh kita bezakan antara imam dan makmum. Disunnahkan bagi imam melihat ke tempat sujud. Begitu juga bagi makmum. Kecuali ketika mereka ingin memperhatikan imam. Adapun munfarid (orang solat sendirian), hukumnya seperti hukum imam." Pendapat beliau berlandaskan beberapa hadis yang disebutkan imam Bukhari tentang menghadapkan pandangan ke imam, "Dan maksud ulasan boleh membawa erti, hukum asal makmum melihat ke tempat sujudnya kerana yang diinginkan adalah khusyuk kecuali apabila mereka perlu sekali melihat apa yang dikerjakan imam untuk mengikutinya, ini sebagai contoh."

Penjelasan Al-Hafidz di atas adalah sebagai upaya menjama' (mengompromikan) hadis-hadis yang disebutkan Imam al-Bukhari dan hadis-hadis menundukkan pandangan ke arah sujud. Ini adalah kompromi yang sangat bagus. Wallahu Ta'ala A'lam. [PurWD/voa-islam.com] .
 
Bersujudlah dengan sebenar-benar sujud dan perbanyakkan doa ketika melakukan sujud...