Sebuah kisah yang pernah diceritakan oleh Syaikh Usman al-Khaubawi dalam kitab Durratun Nashihin. Dalam kitab tersebut, Syaikh Usman mengisahkan serombongan jemaah yang masuk syurga tanpa terlebih dahulu dihisab amalnya, tanpa melintasi siratul mustakim, dan tanpa pula diketahui oleh malaikat penjaga syurga. Dan, ketika ditanya mengapa mereka dibenarkan masuk ke syurga tanpa proses hisab, mereka menjawab, ”Kami sewaktu di dunia beramal dan taat kepada Allah dengan penuh rahsia. Maksudnya, tanpa mahu dilihat orang atau tanpa dorongan populariti sehingga kami dihantar ke syurga secara rahsia pula.”
Dalam Islam, semua amal ibadah sebenarnya berpotensi untuk dirahsiakan atau paling tidak dijaga daripada sifat riya’ (dipamerkan). Amal bersedekah, misalnya, sangat mudah untuk dirahsiakan, seperti anjuran: ”Jika tangan kananmu memberi, usahakan supaya tangan kirimu tidak melihat”. Anjuran ini mengandungi pengertian bahawa bersedekah yang sebaik-baiknya tidak perlu diumumkan kepada orang ramai. Namun, hanya ibadah puasa yang secara khusus disebut Allah sebagai ibadah yang bersifat rahsia. Mengapa rahsia? Kerana seseorang yang berpuasa atau tidak sungguh tidak ada yang tahu kecuali Allah dan dirinya sendiri. Ternyata kerahsiaan puasa tidak hanya pada sifat pelaksanaannya, tetapi juga pahalanya. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan Bukhari-Muslim: ”Semua amal kebaikan anak Adam berlipat ganda, tiap hasanat sepuluh hingga tujuh ratus lipat gandanya, kecuali puasa. Karena puasa itu hanya untuk Aku, dan Aku sendiri yang akan membalasnya.” Kerana bersifat rahsia, logik berpikir kita mengatakan, ibadah puasa otomatis akan ”gugur” nilainya sebagai ibadah tatkala tidak rahsia lagi.
Mari berahsia dalam beribadat...
Mari berahsia dalam beribadat...
Solat malam solat rahsia...