09 February, 2013

Jawatankuasa Syari'ah Mesir Menyeru Pemimpin Islam Dunia Kembali Kepada Syari'at

MESIR.(voa-islam.com) - Kamis (07/02/13)
Jawatnkuasa Syari’ah untuk Hak dan Perbaikan meminta kepada pemimpin – pemimpin Islam di dunia agar mengetepikan pertikaian mereka dan bersatu untuk menghadapi musuh – musuh mereka yang terus membuat makar – makar terhadap Islam dan umat Islam dengan segala cara.



Dalam pernyataannya, jawatankuasa ini mengajak pemerintah yang memimpin negara muslim untuk benar – benar kembali kepada syari’at Al-Qur’an, kerana di dalamnya terdapat kemuliaan dan kemaslahatan dunia, serta keselamatan dan kemenangan di akhirat.

Jawatankuasa Syari’ah untuk Hak dan Perbaikan (Al-Haiah Asy-Syar’iyyah lil Huquq wal Ishlah) adalah sebuah jawatankuasa yang wujud di Mesir pada keadaan yang memang diperlukan. Jawatankuasa ini beranggotakan para ulama, cendikiawan dan pakar dalam pelbagai bidang. Mereka cuba memberikan jalan penyelesaian kepada umat Islam atas masalah yang dihadapi dan tentunya bertolak daripada Al-Qur’an dan Sunnah. 

Jawatankuasa ini juga memuji sikap syaikhul Azhar, Dr Ahma Thayyib, yang menolak perkembangan syiah di Mesir. Dalam konteks yang sama, jawatankuasa ini juga meminta kepada presiden Iran agar menghentikan sokongannya untuk memerangi Ahlussunnah di Irak, Syria, Ahwaz dan Lebanon.[usamah/imo]



 
Semoga pemimpin-pemimpin Islam dunia dapat bersatu. Juga, semoga berita ini sampai kepada Dato' Seri Najib Tun Razak, wira Palestin...

Anak-anak terlepas pahala dan terlepas harta...

Kajang: 10 Februari 2013
“Kalau semua anak dah tak peduli lagi, pak cik nak cari calon isteri. Tak kiralah umur berapa, wanita tempatan atau Indonesia, asalkan dia benar-benar ikhlas nak jaga pak cik, cukuplah. Jika sanggup (berkahwin), pak cik akan wasiatkan semua harta, termasuk sebuah banglo di Taman Keramat, kepada bakal isteri.” Itulah tawaran dibuat Ibrahim Othman, 83, yang bercadang menamatkan zaman dudanya jika menemui calon isteri sesuai yang dapat menjaga makan minumnya.

Nilai tanah dan banglo berkenaan kini dianggarkan antara RM1.5 juta hingga RM1.8 juta. Ibrahim, bekas pelakon drama radio pada 1970-an hingga 1980-an yang terkenal dengan watak Seman dalam Kebun Pak Awang, menjadi penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia (Fikrah), Sungai Sekamat, di sini, sejak tiga bulan lalu, selepas menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana masalah saraf dan trauma.

BANGLO milik Ibrahim bernilai lebih RM1.8 juta di Taman Keramat, Kuala Lumpur.


Disebabkan tiada seorang pun daripada tujuh anak kandungnya datang menjemput selepas dia dibenarkan keluar dari wad, pengurusan hospital mengambil keputusan menghantarnya ke pusat jagaan itu selepas mendapat persetujuannya. Ketika zaman mudanya, Ibrahim antara pelakon utama Kebun Pak Awang yang berjaya mengangkat populariti drama radio berunsur pembangunan terbitan RTM itu hingga mampu bersiaran selama sedekad.

Sumber berita di sini



Semua ini berlaku apabila masyarakat mula meninggalkan agama...

Pra-PR13: Apabila Si Buta Mengintai Rumah Tangga Orang...

Apabila manusia sudah masuk frasa ganyut dalam hidupnya, cakap mereka bukan lagi menampakkan kebijakan tetapi lebih kepada bebelan orang yang sudah lanjut usia, leler, lontok, renta atau nyanyuk.

KUALA LUMPUR 10 Feb 2013. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata sepatutnya Majlis Syura Ulama Pas sudah menolak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13, sejak dahulu lagi. "Sepatutnya dari dulu lagi Majlis Syura sudah tolak Anwar, " katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui pada sambutan Tahun Baharu Cina di Flat Sri Johor, Bandar Tun Razak di sini hari ini: Utusan Meloya Online.


Apa yang tergambar dalam kotak fikiran kita ketika membaca berita di atas:

1. Ketakutan melampau mantan PM terhadap timbalannya yang dipecat secara kejam. Mantan PM kelihatan seperti seseorang yang takut pada bayang-bayang sendiri. Takut kepada orang yang pernah dianiaya sehingga hampir mati di dalam penjara sedangkan individu tersebut dengan kemuliaan hatinya sudah lama memaafkan diktator tua itu.

2. Hebatnya peranan dan bidang kuasa Majlis Syura Ulama Pas sehingga boleh menolak hal-hal yang belum pasti berlaku - hal itu pula bukan merupakan hal dalaman PAS. Keputusan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang PR13 adalah keputusan semasa bagi menunjukkan kesatuan dalam Pakatan Rakyat, sedangkan keputusan sebenar akan berlaku apabila benar Pakatan Rakyat mendapat tampuk pemerintahan itu kelak.
    

 
Doa al-marhum Ustaz Fadzil Noor sedang dimakbulkan Allah...

Syaikh Al-'Ariifi: Al-Qaeda bukanlah organisasi yang mudah mengkafirkan dan menumpahkan darah

QATAR (Arrahmah.com) – Syaikh Muhammad Al-’Ariifi, seorang guru besar di Universiti Kerajaan Su’ud, Riyadh, mengatakan orang-orang yang mengikuti organisasi Al Qaeda bukanlah orang yang mudah mengkafirkan kaum muslimin dan bukan orang yang mudah menumpahkan darah.



Dalam satu temu bual dengan televisyen Al Jazeera beliau berkata, “Saya bukanlah anggota Al-Qaeda dan saya juga tidak membawa pemikiran mereka, akan tetapi Allah swt berfirman: ‘Jika kalian berkata, berkatalah adil’,” jelasnya.

Beliau menambahkan, pemimpin Al-Qaeda yang gugur di tangan Amerika, Syaikh Usamah bin Ladin, tidak membawa ideologi-ideologi yang dituduhkan orang-orang saat ini kepada Al Qaeda, “Syaikh Usamah bin Ladin, semoga Allah merahmatinya, tidak menanamkan ideologi-ideolongi yang saat ini dikaitkan dengan Al Qaeda,” tambahnya.

Sebelum termu bual tersebut berakhir, beliau menegaskan kembali, “Saya bukan dalam rangka membela mereka dan saya juga bukan bahagian daripada mereka, akan tetapi pada dasarnya kita harus adil jika kita berbicara,” katanya sebagai penutup.

Sebagaimana diketahui, dunia antarabangsa ketika ini memandang organisasi Al-Qaeda adalah gerakan “teroris” yang mudah mengkafirkan dan membunuh orang-orang tidak bersalah. Pemerintah Saudi pun, yang dikatakan pemerintah Islam, menganggap Al-Qaeda adalah organisasi Khawarij yang keluar daripada Islam, bahkan menangkapi orang-orang yang menyokong dan simpati kepada organisasi Al-Qaeda, sebagaimana pada bulan November 2012 pemerintah Saudi memenjara seorang aktivis karena menulis buku tentang Usamah bin Ladin. (saifalbattar/an-najah.net/arrahmah.com).





Semoga kebenaran segera terbongkar...

Arakan: Solat Berjamaah Hanya Boleh Empat Orang...

ARAKAN.(voa-islam.com) – Sabtu (09 Februari 2013)

Benar-benar keterlaluan!

Pihak berkuasa daerah di wilayah Arakan mengumpulkan 30 ulama Rohingya untuk memberikan peraturan yang keras berkaitan dengan pelaksanaan ibadah jama’ah. Menurut pejabat berita Rohingya, petugas daerah yang dipanggil Aung Myint tidak membenarkan muslim Rohingya melaksanakan solat jama’ah dengan jama’ah lebih daripada empat orang. Jika ada yang melanggar peraturan itu, maka mereka akan dikenakan hukuman.



Salah seorang ulama yang hadir, Maulana Abdul Lathif, memprotes tekanan yang terus menerus melanda muslim Rohingya. Padahal mereka sudah sekian lama, turun temurun, tinggal di Arakan. Pertanyaan – pertanyaan ulama tersebut tidak mendapat penjelasan yang wajar daripada pihak berkuasa daerah itu, bahkan para pemimpin dan petugas tidak menerima pertanyaan lagi daripada ulama – ulama yang hadir [usamah/imo].

 

YA Allah, selamatkanlah saudara kami Muslim Rohingya daripada tekanan kuffar Myanmar...

Hanya Si Ibu tahu keperluan anaknya...

Anaknya memerlukan bimbingan menuju akhirat...

HANYA satu doa ibu selebriti Neelofa, Noor Kartini Nor Mohamad. Dia mahukan seorang lelaki beriman dan soleh untuk menjadi pemimpin dunia dan akhirat buat pengacara Meletop yang dikatakan sedang intim dengan pelakon dan penerbit Hans Isaac itu.



"Sekali sahaja jika Tuhan hendak buka pintu hatinya, walau sesiapa pun, orang bukan Islam pun akan boleh berubah sekelip mata menjadi lebih soleh dan beriman daripada orang Islam yang sudah lama beragama Islam. Iman itu subjektif," jelas Neelofa bersahaja berhubung kenyataan ibunya yang berharap agar dirinya bertemu lelaki yang beriman sebagai calon suami.

Teruskan pembacaan di sini.

Majoriti Rakyat Perancis Menyokong Pencerobohan Tentera di Mali

PERANCIS.(voa-islam.com) – Jum’aat: 08 Februari 2013.
Institut yang mengumpul Pendapat Umum di Perancis mengungkap hasil kaji selidik bahawa terdapat sekitar 73% pemilih parti sederhana menyokong serangan tentera Perancis ke Mali.



Dan menurut agensi berita Anatolia bahawa pungutan suara bagi pendapat lain yang diadakan pada 12 Januari lalu menunjukkan bahawa 63% pemilih menyokong operasi – operasi ketenteraan tersebut. Hasil daripada penelitian atau suara tersebut, maka dikirimlah pasukan ketenteraan Perancis ke Mali dan ini merupaka kali pertama sejak 20 tahun lalu warga Perancis menyokong serangan tentera ke sebuah negara merdeka yang berdaulat. 90% pemilih tersebut adalah berasal daripada simpatisan parti komunis.



 

Insya-Allah, selepas ini Perancis akan menempuh jalan sukar apabila dikaitkan dengan Islam...

Pra-PRU13: Mengenal Pemimpin Munafik oleh Ustaz Azhar Idrus


“Apabila perkara (urusan) diserahkan kepada selain ahlinya, maka nantikanlah kiamat/kehancuran.” [HR Bukhari]



 
“Allah akan melindungi negara yang menegakkan keadilan meskipun ia KAFIR, dan Allah tidak akan melindungi negara yang zalim (tiran) walaupun ia MUSLIM,” Ali ibn Abi Thalib.


 
Ya Allah, berilah kemenangan kepada parti Islam dan pejuang-pejuang keadilan...

Pra-PRU13: Cari sumber maklumat yang betul

Sumber maklumat pembohong, pendusta, penipu, suka perdaya, temberang, lebun, kecong, kecek, kacung, kelentong, cong, lontak, dengkul, merakah seperti Utusan Meloya tidak patut dijadikan sumber maklumat bagi orang yang ingin mencari kebenaran.


Orang yang percaya kepada sumber maklumat yang palsu adalah golongan orang yang berfikiran songsang seperti golongan yang berikut:


Mereka ingin mendapatkan bantuan anda membayar saman Utusan Melyo kerana dikatakan suka menipu.


Semoga hidup anda "berkat" kerana selalu berpihak kepada PENIPU...




 
Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong, semua pembaca larikan diri...

Pra-PRU13: "Fatwa ini untuk siapa bang? tanya isteriku...


Kurasa kutahu golongan mana yang dimaksudkan ini. Tetapi tak sanggup kuungkapkan...

Biar kusalin semula isi kandungan "fatwa" ulama tersohor dunia ini.

Menipu dalam pilihanraya adalah kemungkaran yang besar.
Menyerahkan pemerintahan kepada yang bukan ahlinya adalah kemungkaran yang besar.
Mencuri harta awam adalah kemungkaran yang besar.
Memonopoli barangan yang diperlukan oleh orang ramai untuk kepentingan individu ataupun kumpulan adalah kemungkaran yang besar.
Menahan manusia tanpa jenayah yanh diputuskan oleh mahkamah yang adil adalah kemungkaran yang besar.
Menyiksa manusia di dalam penjara dan pusat tahanan adalah kemungkaran yang besar.
Memberi, menerima dan menjadi orang tengah bagi rasuah adalah kemungkaran yang besar.
Mengambil hati dan memuji-muji pemerintah yang batil adalah kemungkaran yang besar.
Menjadikan musuh Allah dan musuh umat sebagai pemimpin dengan mengetepikan orang yang beriman adalah kemungkaran yang besar.

Dr. Yusuf al-Qardawi, Presiden Ulama Muslim Antarabangsa

Aku berlepas diri dan akan menjauhi golongan yang dinyatakan oleh Dr. Yusuf al-Qardawi di atas. Aku juga akan berlepas diri dan akan menjauhi golongan yang menyokong golongan di atas.

Tahu siapa? Tepuk dada, tanya iman...





 
Ya Allah, peliharalah diriku dan keluargaku daripada api neraka...

Pra-PRU13: Jangan pilih orang bodoh

"Ketika memilih pemimpin, jangan pilih yang bodoh" kata Tun Mahathir, mantan PM Malaysia.

"UMNO dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk UMNO, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS"


"Kita nak orang berbakat dan berkebolehan (bertanding), barulah kita boleh dirikan kerajaan yang berwibawa," katanya lagi.

Tun Mahathir adalah idola sanjungan rakyat kerana kejayaan beliau membangunkan negara selama 22 tahun pemerintahan beliau.

Antara peninggalan beliau yang masih diingati oleh rakyat ialah:

1. Bangunan Petronas Berkembar Dua.
2. Pusat Pentadbiran Putrajaya.
3. Proton, kereta Nasional Malaysia.
4. Dasar Pandang Ke Timur.
5. Slogan Bersih, Cekap, Amanah.
6. "Amanat Che Det".




 
Teringat doa al-Marhum Ustaz Fadzil Noor agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri. ...