06 February, 2013

Azli Paat meninggalkan Nama untuk dikenang...

Berita yang mungkin agak mendukacitakan untuk dunia teknologi tempatan hari ini ialah kita kehilangan seorang pakar IT dan juga kandungan mudah-alih tempatan, seorang bumiputera yang sangat celik IT, iaitu saudara Azli Paat. Beliau telah membawakan pelbagai inovasi dalam dunia IT dan kandungan mudah-alih di Malaysia.

Allahyarham Azli Paat

Bagi mereka yang tidak mengenali Azli Paat, beliau merupakan salah seorang usahawan yang telah membangunkan beberapa perkhidmatan yang memberi fokus kepada kandungan mudah-alih dan juga komuniti. Salah produk satu yang popular ialah DAPAT Vista yang terkenal dengan perkhidmatan permesejan SMS yang telah merevolusikan dunia kandungan berasaskan SMS di Malaysia.


 
Syarikat tersebut kemudiannya telah diambil-alih oleh HeiTech Padu Berhad pada tahun 2010. Selain DAPAT, Azli Paat juga merupakan pengasas perkhidmatan berasaskan komuniti, RAKANCOP, di samping merupakan ahli aktif dalam komuniti IT dan telekomunikasi di Malaysia. Salah satu perkhidmatan baru daripada beliau adalah Adacode yang mana membolehkan kandungan dihantar ke emel atau SMS dengan hanya membuat panggilan miscall. Pelbagai anugerah telah diterima beliau sebelum ini, termasuk Prime Minister’s “Best of the Best” Award 2012 di MSC Malaysia APICTA 2012.  — BERNAMA: February 6, 2013.





Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Al-Fatihah...

Ketawa, apa hadnya?

Ketawa adalah suatu keistimewaan yang ada pada manusia. Binatang tidak mempunyai sifat ini kerana ketawa timbul daripada pemahaman yang jelas daripada apa yang didengar atau keadaan yang dilihatnya.



"Dan bahwasannya Dialah yang menjadikan orang ketawa dan menangis”. (QS An Najm: 43)
Manusia dikatakan sebagai makhluk yang boleh ketawa, tidak seperti haiwan melata yang lain. Di alam jin, mereka juga dikatakan bersorak ketawa jika meraikan sesuatu. Syaitan pula akan ketawa besar melihat manusia jahil yang masih memilih kehidupan duniawi melebihi  kebahagiaan ukhrawi.

Suatu kenyataan yang benar apabila seseorang berkata: Aku ketawa, dengan itu aku adalah manusia. Islam dengan sifatnya sebagai suatu agama fitrah, tentunya tidak akan menyanggahi tabiat asal manusia yang menyukai ketawa dan riang. Bahkan Islam memberikan galakan kepada setiap perkara yang dapat menjadikan hidup manusia gembira dan harmoni. Islam menggalakkan umatnya menjadi seorang yang optimis dan periang serta membenci orang yang bersikap putus asa dan pesimis dalam kehidupannya.

Namun, agama memberi had setakat mana anda boleh ketawa.

Firman Allah s.w.t. dengan mafhumnya:

"Dan bahwasannya Dialah yang menjadikan orang ketawa dan menangis”. (QS An Najm: 43)


“Maka dia (Nabi Sulaiman) tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu.” (QS An-Naml:19)


Hendaklah mereka tertawa sedikit dan hendaklah banyak menangis sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan.” (QS At Taubah: 82)


Antara hadis yang mengunggap persoalan ketawa adalah seperti yang berikut:

"Janganlah kamu membanyakkan ketawa kerana ketawa yang banyak akan mematikan hati "

"Kecelakaan bagi orang yang mencipta percakapan untuk menjadikan mamusia ketawa sedangkan dia berdusta. Celakalah dia, celakalah dia"

"Rasulullah (s.a.w) sentiasa berdukacita."

“Banyak tertawa dapat mematikan hati.”




Ya Allah, Engkau lembutkanlah hati-hati kami supaya kami lebih banyak menangis mengenangkan dosa-dosa dan pelanggaran hukum yang telah kami lakukan saban hari dan hindarilah kami daripada sifat suka ketawa dan bermudah-mudah apabila melanggar segala ketentuan dan aturan agama-Mu.




Ish...ish...ish..





Pelawak veteran Yahya Sulong pulang ke rahmatullah...

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Pelakon dan pelawak veteran, Datuk Yahya Sulong, 85, menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada pukul 6.45 petang ini. Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, Allahyarham meninggal dunia kerana sakit tua.


Allahyarham Yahya Sulong

Jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Teluk Intan, Perak pada malam ini juga," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Ogos tahun lepas, suami kepada Datin Alisah Ali itu koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi HKL akibat terjatuh di bilik air rumahnya di Bandar Baru Sentul di sini.

Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah...





Ya Allah, ampunilah dosa-dosa beliau dan terimalah amal ibadatnya...

"Fatwa" Dr. Maza vs "Fatwa" Ulama Muda Umno...

Dr. Maza bergambar dengan pejuang Palestin di bumi Gaza

..inilah kesan serangan pada wheelchair Syeikh Ahmad Yasin yang ditembak oleh helicopter Israel sehingga beliau terbunuh..beliau diserang ketika keluar dari masjid selepas menunaikan solat..darah para syuhada sentiasa mewangi di sisi Allah..harap jangan pula ada yang menyatakan perjuangan mereka sia-sia.. Kata Dr. Maza...


Mereka di Gaza Palestin, Syria, Afghanistan, Mali, Iraq, Myanmar, Filipina dan serata dunia masing-masing mengejar syahid bagi mempertahankan negara sendiri.






Namun, pejuang-pejuang ini tidak diiktiraf oleh Ulama Muda Umno (tetapi Insya-Allah Allah iktiraf)
No...no...Mana ada jihad di Palestin. Itu nonsense.
Tetapi di bawah ini, kita iktiraf sebagai wira...


Wira Palestin sebenar...



 
Ya Allah, tunjukkan kami siapakah Sang Munafik...