05 February, 2013

Apa Hebatnya Solat Awal Waktu?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.



WAKTU SUBUH: Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisme tubuh. Warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam, iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (serentak antara ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat pada awal waktu. Bermulanya azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR: Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq dan Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak? Sudah tentu tidak.

WAKTU ASAR: Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau pada waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGRIB: Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan pada waktu ini kita selalu dinasihati orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK: Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian dengan frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL; Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ia bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas kaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah 'dikurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Sumber cerita di sini.



 
Subhanallah...

Seruan Taliban Pakistan kepada Umat Islam...

PAKISTAN (voa-islam.com) - Kelompok pejuang Islam Taliban Pakistan menyeru dunia Muslim untuk bersatu dalam sebuah rakaman video yang dibuat pada hari Ahad (3/1/2013) untuk mengutuk pencerobohan tentera Perancis di Mali yang mereka katakan sebagai "perang ideologi".



Dalam rakaman video diagihkan kepada wartawan di barat laut Pakistan, jurubicara Tehreek-e-Taliban Pakistan, Ehsanullah Ehsan mengutuk pencerobohan Perancis, yang telah mendapatkan sokongan logistik daripada negara-negara Barat lainnya. "Pemerintah Perancis telah menyerang mujahidin di Mali dan Amerika juga telah bersetuju untuk menyokong Perancis. Saya meminta seluruh dunia Muslim untuk bersatu kerana pencerobohan ketenteraan tersebut merupakan perang ideologi.," Kata Ehsan. Beliau mengatakan kekuatan "kafir" bersatu dan mendesak umat Islam untuk datang bersama-sama.

"Jika Amerika menyokong Perancis secara ideologi maka dengan cara yang sama semua umat Islam harus bersatu dan menyokong satu sama lain." Satu kempen serangan tiga minggu yang dipimpin oleh pasukan Perancis telah mendorong para pejuang Islam dari kota-kota besar di Mali utara, tetapi ada kekhawatiran para pejuang Islam sekarang akan melancarkan kempen gerila dari utara yang jarang penduduknya. Tujuan serangan tersebut adalah untuk mencegah para pejuang Islam memperluas pelaksanaa hukum Syariah di wilayah lain dari Mali setelah mereka menjalankan hukum Islam di wilayah utara Mali sejak April lalu. Presiden Perancis Francois Hollande yag mengunjungi Mali pada hari Sabtu bersumpah pasukannya akan terus tinggal di negara itu selama diperlukan untuk melanjutkan perang melawan pejuang Islam yang telah menguasai bagian utara negara tersebut selama 10 bulan. (an/ahram).


 
Doaku untuk umat Islam di Mali. Semoga mereka dilindungi Allah daripada kafir laknatullah...

Dua tahun dalam tahanan baru dapat mengesahkan N. Arumugam warga Malaysia...

Lelaki disangka warga asing akhirnya dibebaskan 05/02/2013 7:01pm

ALOR GAJAH - Seorang lelaki tempatan yang ditahan Jabatan Imigresen lebih dua tahun kerana disangka warga asing hari ini dibebaskan selepas disahkan sebagai warganegara Malaysia. Pembebasan N. Arumugam, 52, dari Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo di sini disambut anak saudara perempuannya, D. Santhi, 42, dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Global Keselamatan Manusia Malaysia (PKGKMM), T. Kamalanathan kira-kira 12 tengah hari.

Gambar Hiasan

Arumugam yang kudung kaki kirinya akibat penyakit kencing manis dan tidak boleh bertutur dengan jelas sebab serangan angin ahmar ditolak dengan kerusi roda ke Dewan Bicarana depoh berkenaan bagi sesi penyerahan sijil kelahiran dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Port Dickson pada 17 Januari lepas. Majlis penyerahan dokumen itu disempurnakan Komandan Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo, Abu Bakar Sidek Hasan. Arumugam, penari di Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Lama Kampung Chetty, Negeri Sembilan, ditahan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam satu operasi penguatkuasaan pada akhir 2010, sebelum ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen Lenggeng di negeri itu. - BERNAMA.



 
Imigresen yang efisien...

"Fatwa" mewajibkan kanak-kanak perempuan memakai jilbab...

REPUBLIKA.CO.ID, RIYADH: 5 Februari 2013 -- Seorang ulama Arab Saudi menyeru supaya anak perempuan di Arab Saudi dipakaikan jilbab termasuk burka. Seruan itu berikutan adanya anak perempuan yang menjadi korban keganasan seksual.



Namun, seruan itu telah mengundang kontroversi di negara itu. Sheikh Abdullah Daud dalam sebuah program televisyen mengatakan bahawa pemakaian penutup wajah akan melindungi kanak-kanak perempuan. Beliau menilai pentingnya memakai burka setelah berlakunya keganasan seksual secara meluas terhadap anak perempuan di negara tersebut.

Pernyataan Sheikh Daud tersebut telah menarik perhatian orang ramai termasuk di jejaring sosial twitter. Mantan hakim di Saudi Board of Grievance, Sheikh Mohammad al-Jzlana mengatakan kenyataan Daud itu boleh merendahkan Islam dan syariah serta menimbulkan fitnah terhadap Islam. Jzlana berpendapat warga Saudi tidak perlu menuruti perintah yang tidak berdasarkan fatwa sebenar. Menurutnya, “fatwa” sedemikian sangat tidak adil kepada kanak-kanak.

 
Bagus untuk mendidik...