Daripada Aisyah r.a. katanya: Seorang lelaki telah datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata (maksudnya): Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri. Aku benar-benar mencintaimu lebih daripada keluargaku dan anak-anakku. Sesungguhnya ketika aku berada di rumah, aku mengingatimu. Aku tidak dapat sabar sehinggalah aku datang menemuimu dan memandangmu. Dan apabila aku teringat suatu hari aku akan mati dan Rasulullah juga akan mati, maka aku sangat bimbang tidak dapat melihatmu lagi kerana engkau pastinya akan diangkat ke tempat yang tinggi bersama para nabi!
Rasulullah s.a.w. diam membisu mendengar kata-kata sahabat yang tulus ikhlas itu sehinggalah Jibril turun membacakan ayat (maksudnya): "Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi dan orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)." (An-Nisa':69).
Mudah-mudahan Allah memakbulkan juga doaku untuk bersama Rasulullah di akhirat nanti...