14 January, 2013

Hujan salji turun di Arab Saudi – Suatu fenomena alam yang luar biasa

Sesuatu yang luar biasa terjadi pada hari Rabu lalu (9/1/2013) di Arab Saudi. Worldbulletin melaporkan berita bahawa Tabuk—salah satu lokasi peperangan besar pada zaman Rasulullah s.a.w—dilanda salji yang sangat lebat, setelah mengalami ribut yang dahsyat beberapa jam lamanya.


Seperti yang diketahui umum, Arab Saudi merupakan daerah gurun pasir tandus yang sangat panas. Matahari bersinar terik sepanjang hari. Turunnya salji menjadi suatu fenomena alam yang dianggap luar biasa.


Penduduk Tabuk dan penduduk yang datang dari daerah lain menikmati hujan salji yang jarang terjadi itu. Kelihatan jalan-jalan terutama yang menuju ke Gunung Alluz dipenuhi oleh kenderaan.


Jalan-jalan yang mengarah ke daerah gurun pasir dan pergunungan di Tabuk dipenuhi kenderaan dari arah kota Haql dan Bada.

Tabuk terletak di sekitar 1500 km dari Riyad (Ibu negara Arab Saudi).

Ini bukanlah kali pertama salji turun di Tabuk. Beberapa tahun yang lalu, Tabuk juga pernah diselimuti salji dengan ketebalan mencapai 20 cm.

Gambar-gambar lain:








Masya-Allah...Terima kasih Billy