Pilihan sama ada untuk menjalankan/menjalani angioplasti atau pembedahan pintasan jantung (bypass surgery) terletak pada keputusan pakar bedah atau pesakit, dan juga ciri-ciri khusus yang terdapat pada pesakit, sama ada pesakit menghidap penyakit kencing manis atau kegagalan jantung. Angioplasti mungkin menjadi pilihan apabila satu, dua atau tiga arteri telah menjadi sempit dan keadaan arteri sesuai untuk dilakukan angioplasti. Apabila berlaku penyempitan yang ketara arteri koronari utama di sebelah kiri atau ketiga-tiga (kesemua) arteri koronari utama, maka pembedahan pintasan arteri koronari (CABG) patut dilakukan. CABG juga menjadi keutamaan jika pesakit mengalami penyakit kencing manis dan/atau kegagalan jantung apabila dua atau tiga arteri koronari menyempit.
Rawatan prosedur stenting yang dilalui oleh Mybabah menelan belanja lebih RM40,000. Jumlah itu hanya mengambil kira satu sumbatan. Cuba bayangkan jika terdapat dua atau lebih sumbatan yang memerlukan rawatan. Mybabah juga dimaklumkan bahawa kos rawatan mengatasi serangan jantung adalah di sekitar RM20,000 – RM50,000, manakala pembedahan pintasan arteri koronari (CABG), kosnya di sekitar RM20-RM60,000.
Majoriti dalam kalangan rakyat Malaysia tidak mampu membiayai kos rawatan hospital untuk menjalani prosedur seumpama ini. Kebanyakan daripada mereka terpaksa bergolok bergadai, membuat pinjaman dan mengeluarkan duit simpanan demi membayar kos rawatan hospital yang sangat mahal.
Nasihat ikhlas daripada Mybabah…
Beringatlah sebelum terkena. Segera berhubung dengan penasihat kewangan atau ejen insurans yang berdaftar untuk mendapatkan khidmat nasihat terbaik untuk anda dan keluarga. Alhamdulillah, kini semua anak-anak Mybabah mempunyai pelindungan insurans masing-masing. Anda bila lagi...