28 May, 2013

Makna beberapa nama rasul dan nabi...

NAMA 25 nabi dan rasul sudah tidak asing lagi bagi umat Islam. Namun, tahukah anda makna sebenar nama-nama nabi dan rasul tersebut?


Di bawah ini dinyatakan makna nama beberapa nabi dan rasul yang wajib diketahui umat Islam.

1. Musa a.s.: Nama ini berasal daripada bahasa Mesir kuno, asal katanya “Mu” yang ertinya air dan “sa” ertinya putera. Musa bermakna ‘Putera Air’ kerana Nabi Musa ditemui di Sungai Nil oleh isteri Fir’aun, Asiyah ketika baginda masih bayi.

2. Hud a.s.: Berasal daripada bangsa Arab keturunan kaum ‘Ad. Nama itu diambil daripada kata jama’ ‘Ha’id’ yang bererti orang yang bertaubat, atau ‘yang kembali kepada kebenaran.’

3. Soleh a.s.: Nabi berbangsa Arab daripada kaum Tsamud. Soleh ertinya orang yang sentiasa beribadah dan sentiasa mendirikan hak-hak Allah.

4. Syu’aib a.s.: Nabi berbangsa Arab daripada kaum Madyan, yang menikahkan puterinya dengan Nabi Musa a.s. Nama itu diambil daripada kata ‘sya’b’ yang bererti kelompok atau generasi manusia, kerana baginda mengumpulkan kembali kaumnya setelah terpisah.

5. Isma’il a.s.: Merupaka putera kepada Nabi Ibrahim a.s.. Nama Ismail merupakan bentuk Murakkab (majmuk) daripada ‘isma’ (mendengar) dan ‘eil’ (Allah) yang ertinya: “Allah mengabulkan.”

6. Ibrahim a.s.: Abul Anbiya (bapak para nabi) dan bapa kepada Isma’il dan Ishaq, yang ertinya ‘bapa kepada orang-orang tertinggi (nabi-nabi).’

7. Muhammad s.a.w.: Nabi berbangsa Arab yang merupakan penutup para nabi. Ertinya ‘orang yang memiliki akhlak yang terpuji.’

[dm/islampos]


 

 
Salawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan para nabi kekasih Allah...

27 May, 2013

Hamil walaupun suami di penjara...

SEPULUH wanita Palestin dilaporkan mengalami kehamilan, meskipun suami mereka berada di penjara Israel. Menurut pengakuan para doktor, mereka hamil dengan menggunakan sperma yang diseludup dari penjara. Seorang doktor pakar kesuburan, Salem Abu Khaizaran mengatakan sperma dibawa ke tempat khas di dalam pelbagai wadah, mulai daripada botol kecil hingga ke gelas plastik.



Abu Khaizaran sendiri mengaku tidak tahu, bagaimana pihak-pihak yang terbabit berhasil menyeludup sperma keluar dari penjara Israel yang dikawal ketat. “Jujur saja, saya tidak tahu, dan saya tidak ingin tahu kerana saya tidak ingin terlibat politik. Saya melakukan ini demi tujuan kemanusiaan semata-mata, untuk membantu isteri para tahanan,” kata Dr Abu Khaizaran.


Gambar Hiasan: Ra'id Pejuang Masa Depan

Antara wanita Palestin yang hamil berkat sperma yang diseludupkan dari penjara itu adalah Dallal. Beliau melahirkan seorang anak lelaki, Muhammad Ziben, di Nablus pada tahun 2012 lalu, seperti yang dilaporkan seorang wartawan BBC, Jon Donnison di Tebing Barat. Namun si ayah, Ammar Ziben, sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di penjara Israel, yang dituduh terlibat dalam serangan bom di Jerusalem pada 1997.


Gambar Hiasan: Semoga Ra'id Menjadi Pejuang Agama Apabila Dewasa Nanti

Dallal mengaku ia hamil dengan sperma suami yang diseludupkan dari penjara Israel. “Muhammad adalah anugerah Tuhan,” kata Dallal kepada BBC. “Tetapi kebahagiaan saya tidak lengkap tanpa suami di samping saya,” tambahnya. [sm/islampos/bbc]



 
Semoga Allah melindungi para mujahidin di seluruh dunia, amiin...

26 May, 2013

Wanita ini "bangkit daripada kematian" setelah melahirkan anak...

SEORANG wanita Filipina berusia 36 tahun yang telah disahkan meninggal dunia sebelum melahirkan anak di sebuah hospital di Kuwait, tiba-tiba hidup kembali. Wanita ini "bangkit daripada kematian" setelah berlaku pembedahan Caesar yang dilakukan tanpa ubat pelali.



Doktor menggambarkan kes ini sebagai “keajaiban ilmiah.” Menurut laporan akhbar di Emirates pada hari Ahad (12/5) lalu, wanita tenaga kerja asing ini dibawa ke hospital Farawaniya di Kuwait City, namun doktor kemudiannya menyatakan ia telah mati secara klinikal kerana tekanan darah tinggi. Doktor kemudian memutuskan untuk melakukan pembedahan caesar darurat untuk menyelamatkan bayi yang dikandungnya.

Para doktor melakukan pembembedahan ini selama lima minit tanpa memberikan wanita itu ubat pelali anestesia, dengan alasan ia telah pun meninggal dunia. “Jantungnya berhenti dan dia tidak lagi bernafas.

Setelah menyelamatkan bayi, doktor memutuskan untuk melakukan satu usaha terakhir untuk menyedarkan dia dan itu berhasil. Ajaib, ia tiba-tiba mulai bernafas dan jantungnya mulai berfungsi semula. Kami memanggil hal ini sebagai keajaiban ilmiah,” kata Dr. Hamud al-Zubi, Pengarah Hospital Farawaniya. [sm/islampos/e247



 
Pantang maut sebelum ajal..

14 May, 2013

Mengapa Dajjal disebut al-Masih?

SEBENARNYA jika kita ingin berfikir sejenak saja, pasti akan menemui kebenaran, mengapa Dajjal disebut Masihid-Dajjal? Mengapa Dajjal disebut al-Masih?



Kerana Dajjal selalu menunaikan tugasnya atas nama “al-Masih”, yang julukan ini diberikan oleh Allah kepada nabi ‘Isa berdasarkan wahyu-Nya. Diberikannya julukan al-Masih kepada Dajjal menunjukkan, bahawa Dajjal akan menunaikan pekerjaan atas nama insan suci ini, dan inilah sebenarnya yang menyebabkan dia disebut Dajjal atau penipu, kerana ia menggunakan nama “al-Masih”, seorang Nabi dan hamba Allah yang tulus, tetapi ia berbuat sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ajaran baginda.



Al-Masih ‘Isa mengajarkan bahawa Allah itu Esa, dan tidak ada Tuhan selain Dia yang wajib disembah; tetapi Dajjal mengangkat nabi ‘Isa itu sendiri sebagai Tuhan. Selanjutnya, al-Masih ‘Isa mengajarkan bahawa semua Nabi adalah hamba Allah yang tulus, tetapi Dajjal mengutuk semua Nabi yang suci sebagai orang berdosa. Mengapa demikian? Kerana jika para Nabi utusan Allah ini tidak dikutuk sebagai orang berdosa, maka tidak perlu timbul Putera Allah yang tidak berdosa, untuk menebus dosa sekalian manusia. Selanjutnya, al-Masih ‘Isa mengajarkan bahawa setiap orang akan mendapat ganjaran atau hukuman sesuai perbuatan yang ia lakukan, tetapi Dajjal yang bertopengkan al-Masih mengajarkan bahawa Putera Allah sudah cukup untuk menebus dosa ummat Kristian. Al-Masih ‘Isa mengajarkan bahawa orang kaya tidak dapat masuk dalam kerajaan Surga, tetapi Dajjal yang mengaku al-Masih mengajar supaya manusia menghimpun-himpun kekayaan. Ringkasnya, kitab-kitab Hadis menggunakan julukan “Al-Masihid Dajjal” hanyalah untuk menjelaskan, bahawa Dajjal adalah nama lain belaka bagi agama Kristian sekarang ini. Nama Al-Masih dan agama al-Masih hanyalah digunakan sebagai topeng untuk menutupi penipuan (dajala) yang ada di belakang itu. [islampos/islamsiana]



 
Allahualam..

13 May, 2013

Demba Ba Jual Ferrari Bantu Muslim Myanmar

Pemain bola sepak terkenal Chelsea Demba Ba, sangat mengambil berat tentang penderitaan saudara semuslim di Myanmar. Bagi membantu musibah yang menimpa Muslim Rohingnya, penjaring gol Chelsea ini menjual kereta Ferrari kesayangannya untuk diinfaqkan kepada mangsa persengketaan agama di Myanmar itu.


Demikian dilaporkan oleh bilik berita Rohingnya, Khamis (09/05/10). Sebahagian laporan berita mengungkapkan, striker The Blues itu menjual kereta mewahnya dan hasil jualannya disumbangkan kepada Muslimin Burma yang menjadi sasaran kekerasan oleh orang-orang Budha.



Demba Ba terkenal sangat dermawan demi dakwah Islam di Eropah, seperti menyumbang pembangunan salah sebuah masjid di London. Dia juga selalu mengekspresikan ke-Islamannya kepada dunia di lapangan bola, seperti sujud syukur setiap kali menjaringkan gol. Hal itu dilakukannya semenjak berada di New Castle United sebelum pindah ke Chelsea. Bukan hanya itu, Demba Ba bahkan menghafal beberapa juz daripada Al-Qur’an dan memiliki peranan menjelaskan Islam dalam kalangan rakan-rakan sepasukannya(Muslim/ACT/Islampos)



 

Semoga Allah membalas segala kebaikan Demba Ba. Kita pula patut malu memikirkan sumbangan kita yang tersangat sedikit kepada saudara kita di Myanmar..