Sesungguhnya, orang yang mempunyai tahap kesabaran tinggi ada tempat di sisi Tuhan. Tetapi, adakah sikap senantiasa "cool" ini baik? Adakah perasaan marah, jengkel, meluat, benci, geram, menyampah, panas hati tidak perlu ada dalam jiwa manusia untuk menjadi insanul kamil? Adakah apabila kita melihat maksiat dan kezaliman yang berlaku berleluasa di hadapan kita, kita hanya perlu bersabar dan memohon kepada Allah supaya semua kebejatan itu boleh selesai dengan sendirinya? Lantas kita berdoa "Ya, Allah tunjukkanlah mereka jalan yang lurus?"
9 perogol ini akan bertaubat apabila sampai waktunya. Noktah! (?)
Kalau jawapan anda "Ya", sanggupkah anda mempertahankan kesabaran anda jika peristiwa yang berikut berlaku pada anda dan keluarga anda?
"salam...smlmaku dkt bangi tapi dpt SMS daripada umi aku ada satu rumah kene rompak..yg lebih menyayat hati dahlah puak SIAL HARAMJADAH ni merompak pastu merogol seorang anak gadis secara bergilir-gilir seramai 8 orang...BABI,PUKIMAK Punye anjing..sial anak haram aku germ bila terima berita ni....manusia ni memg anjing!!!PUKIMAK BANGSAT!!" (Amarah rakan Facebook yang dimuat naik semasa saya sedang mengarang N3 Kematian Syafia: Siapakah yang kurang ajar? - tanpa sebarang suntingan).
Nota: Babah ingin menjemput Siti Zulaikha untuk memberi komen pada N3 ini. Pertanyaan babah, adakah anda masih mahu kita memanggil mereka ini dengan panggilan yang baik dan berharap mereka akan bertaubat? Anjing, babi dan haiwan-haiwan lain jauh lebih baik daripada mereka. Bagi babah, meskipun reaksi spontan sahabat babah ini agak kasar, tetapi dengan istifar, insya-Allah segala-galanya akan selesai. Tetapi, bagi iblis-iblis yang durjana itu, penyelesaiannya tidak terletak hanya pada "taubat", malah menjangkaui jauh daripada itu...Wallahualam.