12 February, 2010

Melayu tak faham bahasa!


Makluman: Hari ini saya kembali menulis tentang isu yang berkaitan dengan bahasa Melayu yang menjadi sebab utama wujudnya blog ini. Aku Pemburu Jin akan disambung pada entri yang akan datang, insya-Allah. Harap adindaku Jebat Berani sabar menunggu...

Dalam penulisan atau penyebutan bahasa Melayu, peletakan  (bukan: perletakan) patah-patah kata dalam sesuatu ayat amat penting. Jika tersalah letak, ayat tersebut mungkin akan berubah makna dan kadang kala boleh menyinggung perasaan orang lain.

Contoh:
"Melayu tak faham bahasa" vs "Tak faham bahasa Melayu"

Keterangan:
"Melayu tak faham bahasa" bermaksud orang Melayu yang degil, dungu, tidak mahu mendengar nasihat dan lain-lain, seperti Aduka Taruna, Say Fool dan ramai lagi.  Manakala "tak faham bahasa Melayu" pula bermaksud orang (tidak kira bangsa apa) yang tidak arif atau tidak memahami bahasa Melayu.

 
Papan tanda di atas tertulis "Panduan anda kesungguhan kami" yang diterjemah daripada bahasa Inggeris "Your direction our discipline" menjadikan ramai orang "tidak faham bahasa Melayu" dan  orang-orang Melayu di Standard Chartered Bank "Melayu yang tak faham bahasa". Pelaburan membuat papan tanda yang berjumlah puluhan ribu ringgit terbang begitu sahaja.


Iklan syarikat insurans Prudential di atas kononnya mahu menjimatkan patah kata dengan menyingkir perkataan "yang" pada ayat tersebut sehingga orang ramai menjadi "tak faham bahasa Melayu" apabila membaca iklan tersebut.  Ribuan ringgit lagi "hangus" dengan sia-sia.


Cina pemilik syarikat tayar di atas tidak faham tentang maksud "nyawa" sehingga tayar disangka bernyawa. Mungkin perkataan "jangka hayat" lebih tepat digunakan di sini. Cina ini "tak faham bahasa Melayu" mungkin disebabkan "Melayu yang tak faham bahasa".

Papan tanda di bawah ini pula, pemiliknya bukan "tak faham bahasa Melayu" tetapi "Melayu yang tak faham kesantunan berbahasa" yang menganggap "waktu urus niaga" sama dengan waktu pintu kedai di buka. Anggaran kerugian pelaburan membuat papan tanda ini di sekitar RM100.00-RM200.00.


Pemilik iklan di bawah ini pula jahil mengeja mengikut ejaan bahasa Melayu yang betul. Dia betul-betul keliru dan cuba mengelirukan orang lain dengan ketidakpastiannya mengeja. Namun, kerugian yang ditanggung hanya di sekitar RM5.00-RM10.00.

Ejaan yang betul bagi perabut/peraabot ialah perabot

Pemilik sepanduk di bawah memiliki kedua-dua sifat "Melayu tak faham bahasa" dan "Tak tahu bahasa Melayu". Anggaran kerugian tidak ternilai kerana kehilangan harga diri.