Bagi menyahut seruan Pengarah yang mengehendaki setiap kakitangan membaca sekurang-sekurangnya 10 buku setahun, saya telah mengambil inisiatif (belum lagi memulakan pembacaan tetapi) memulakan pembelian. Buku terbaharu yang saya beli ialah The Complete 101 Collection karangan John C Maxwell (2009) dan Ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Qur’an dan Sunnah nukilan Yusuf Al-Hajj Ahmad. Sebulan yang lepas saya membeli buku Eat That Frog! tulisan Brian Tracy, buku Khazanah Pantun Melayu Riau susunan Tenas Effendy dan Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, Edisi Baharu.
Bukan untuk Prime 2010
Tetapi untuk ilmu sebagai penyuluh...
Tetapi untuk ilmu sebagai penyuluh...
Selain daripada buku Khazanah Pantun Melayu Riau dan Tesaurus Bahasa Melayu Dewan yang dibeli hanya sebagai rujukan, buku-buku lain perlu saya habisi pembacaannya dalam tempoh dua tiga bulan yang akan datang. Saya akan cuba mengulang baca buku Don’t Be Sad karangan ‘Aaidh ibn Abdullah al-Qarni kerana ketika hati dilanda lara, buku yang satu inilah menjadi pengubat duka.
Sambungan Selembar Benang
Diraja vs di-Raja vs di raja
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, kata diraja ialah kependekan daripada kata adiraja. Oleh itu, kata tersebut ditulis secara serangkai (satu perkataan yang utuh), contohnya Polis Diraja Malaysia, kerabat diraja dan panji-panji diraja.
Aidiladha vs Eidil-Adha vs Eidul Adha
Ejaan baku bagi Aidiladha (Aidilfitri) seperti yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi ke-4 ialah Aidiladha (Aidilfitri) bukannya Eidil-Adha (Eidil-Fitri) atau Eidul Adha (Eidul Fitri).
Setelah vs selepas vs sesudah
1. Gantikan setelah dengan selepas bagi makna "masa"
Contoh:
Salah: Setelah merdeka, baharulah negara ini membangun.
Salah: Setelah merdeka, baharulah negara ini membangun.
Betul: Selepas merdeka, baharulah negara ini membangun.
2. Gantikan setelah dengan sesudah bagi makna "proses"
Contoh:
Salah: Setelah mereka makan.
Betul: Selepas mereka makan.Salah: Setelah mereka makan.