Bank Negara Malaysia dan Orang Ramai
Meskipun ekonomi Malaysia dijangka bertambah baik setelah mengalami kemerosotan kesan kemelesetan ekonomi dunia, namun terdapat segelintir masyarakat terus dirundung kesusahan akibat keadaan itu. Golongan ini tidak dibiarkan bersendirian menghadapi kesukaran hidup. Kerajaan melalui pelbagai agensi telah menyediakan pelbagai saluran kepada orang ramai untuk mendapatkan pembelaan dan membuat aduan, antaranya Bank Negara Malaysia yang sentiasa bersedia menerima kunjungan individu atau usahawan yang menghadapi masalah tentang hal-hal yang berkaitan dengan kewangan dan perbankan.
Namun, masih ramai dalam kalangan masyarakat tidak sedar akan kewujudan saluran-saluran ini. Contohnya, Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) yang ditubuhkan pada tahun 2005. LINK yang memulakan operasi lebih empat tahun yang lalu merupakan pusat sehenti yang menyediakan maklumat kepada orang ramai mengenai perbankan Islam dan konvensional, insurans dan takaful, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), pentadbiran pertukaran wang asing, Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), Biro Maklumat Cek, institusi kewangan pembangunan dan hal-hal berkaitan pembiayaan yang lain. Di samping itu, LINK juga memberi khidmat nasihat serta melayani rungutan orang ramai tentang perkara-perkara yang dinyatakan di atas.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :-
BNMLINK (Laman Informasi Nasihat dan Khidmat)
Tingkat Bawah, Blok D
Bank Negara Malaysia ,
Jalan Dato’ Onn,
504800 Kuala Lumpur
BNMTELELINK (Laman Informasi Nasihat dan Khidmat melalui Talian)
Talian Bebas Tol : 1-300-88-5465 (LINK)
Talian Faks : 03-21741515
Alamat E-mel : bnmtelelink@bnm.gov.my
BNMTELELINK
Jabatan Komunikasi Korporat
Bank Negara Malalysia
Peti Surat 10922
50929 Kuala Lumpur
Waktu Urusan: Isnin-Jumaat
9.00pagi hingga 5.00 petang
Dalam keluaran yang akan datang, saya akan menerangkan peranan yang dimainkan oleh Biro Pengantaraan Kewangan, sebuah agensi bebas yang ditubuhkan oleh institusi kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia sebagai salah satu infrastruktur perlindungan pengguna perkhidmatan kewangan.